Saturday, December 4, 2010

HARGA BARANG KEPERLUAN ?????????

Pelarasan harga dan kenaikan harga. 2 perkataan yang berbeza namun mempunyai hala tuju yang sama. Inilah senario yang berlaku pada hari ini dan perlu dihadapi oleh hampir semua golongan masyarakat di sini. Pelarasan atau kenaikan yang dibuat bukannya daripada hanya satu pihak sahaja malah dari berbagai-bagai pihak. Itulah hakikat yang sebenarnya.

Pada ketika dan saat ini berfikir-fikirlah sekalian masyarakat dalam menghadapi gelombang ini. Dan terus berfikir..terus berfikir dan terus berfikir, sehingga tidak terfikir lagi. Hanya tunduk ke bawah merenung nasib yang mendatang. Kepada masyarakat yang mampu, teruslah ia dengan kehidupan seperti biasa manakala yang kurang mampu pula berdikit-dikitlah ia....itupun kalau ada kemampuan di dalam diri. Dan jika ia tidak mampu langsung, mencari-carilah ia ke sana dan ke sini mengharapkan simpati dan belas ihsan sesama masyarakat.

Ini harga yang perlu dibayar pada ketika ini. Kurang tiada, lebih pun tiada..........berdoalah kita kepada Allah agar dimurahkan rezeki dan diberkati kehidupan di dunia dan akhirat. Moga kita semua berusaha dalam mengahadapi gelombong yang tidak diketahui setakat mana kekuatannya. Allah sahaja yang Maha Pengasih dan Penyayang dan Allah juga yang Maha Mengetahui segala-galanya.

No comments:

Post a Comment