Tuesday, November 30, 2010

TANAH 2

Tanggal 26 November 2010 sah lah aku menjadi seorang tuan tanah seperti orang lain yang sebelumnya. Hari ni aku dah dapat geran untuk tanah yang aku ceritakan sebelum ini. Dan di saat ini juga aku masih memikirkan apa yang perlu aku buat di tanah tu.




Pada kali ini aku nak ceritakan pengalaman aku semasa urusan pembelian tanah tanpa menggunakan peguam. Untuk yang membeli secara tunai sahaja ya.....

Pertama sekali yang perlu dibuat ialah pergilah melawat kawasan tanah yang hendak dibeli. Rasa-rasa ok pergi ke pejabat tanah untuk buat carian. Kalau yang bagusnya lagi pergilah dapaktan surveyor untuk confirmkan luas tanah di tapak sama seperti dalam geran. Dah selesai semua dan anda berasa yakin betul dan duit pun ada atau boleh cari.....bayarlah sikit wang kat penjual tanda jadi. Jumlahnya bergantung kepada perbincangan anda dengan pembeli. Masa aku buat dulu tak perlu bayar apa-apa dulu, sebab penjual tu percayakan aku. Setelah selesai peringkat pertama, kita pergi ke peringkat kedua pula.

Peringkat kedua ialah proses menandatangani borang 14A di antara penjual dan pembeli di pejabat tanah. Sebelum itu anda semua perlulah melengkapkan borang 14A tersebut. Masa aku dulu brother yang jual tanah tu yang selesaikan pengisian semua borang dan dokumen yang perlu, aku cuma datang sign je kat Pejabat Tanah. Setelah selesai proses menandatangani borang pindah milik tersebut, baru nego pasal bayaran wang pendahuluan dengan penjual tersebut. Masa aku dulu aku bayar 10% dari harga tanah. Aku nak terangkan kat sini bahawa selepas menandatangani borang pindah milik tersebut anda perlu menunggu selama lebih kurang 1 bulan untuk mengetahui jumlah bayaran duti setem yang perlu dibayar. Tunggulah surat selama lebih kurang sebulan dari Pejabat Tanah pasal duti setem tersebut.

Peringkat ketiga ialah di mana anda telah menerima surat dari Pejabat Tanah mengenai jumlah bayaran duti setem yang perlu dibayar. Dapat je surat ni...pergilah bayar kat LHDN di mana-mana sahaja kat Malaysia ni. Lepas dah bayar kita pergi ke peringkat yang keempat.

Peringkat yang keempat ialah proses pendaftaran hakmilik tanah dan buat geran. Bawalah dokumen yang sepatutnya dan pengesahan bahawa duti setem telah dibayar ke Pejabat Tanah di mana tanah dibeli. Dalam masa sejam geran akan siap. Sudah sahlah anda sebagai tuan tanah tersebut. Lepas tu bayar habis baki duit tanah kepada penjual tanah tersebut. Selesai sudah......... Alhamdulillah........

Sekian sahaja coretan aku kali ini.

Saturday, November 20, 2010

HARGA BARANG

Baru sekejap tadi aku pergi pasar malam di taman rumah aku. Saja melihat apa yang boleh dibeli untuk dibuat makan pada malam ni. Anak aku pulak dah pesan suruh tapau roti bom dan nasi ayam.

Sambil melihat dari satu gerai ke satu gerai aku pun singgah di tempat menjual roti bom yang biasa aku beli selama ni. OK bang 2 siap....and then aku pun bayar RM 3.00 untuk 2 keping roti bom tersebut. Tiba-tiba aku terdengar ada orang panggil aku .....bang-bang tak cukup ni (penjual roti bom tu rupanya). Aku tanya balik... bukankah harganya  RM1.50 sekeping. Dengan selambanya penjual tu bagi tau kat aku dah naik 30 sen, sekarang harga roti bom dia RM1.80 sekeping. Dengan muka sambil berfikir aku tambah 60 sen jumlah yang tak cukup tu.

Dalam perjalanan balik aku teringat satu artikel dari Dr. M yang mengatakan bahawa walaupun nilai matawang kita naik..tapi malangnya kesannya tidak dirasai oleh rakyat. Ini kerana harga barang terus naik, kuasa membeli tiada, pendapatan di kalangan rakyat masih di bawah par dan sebagainya.  Secara lojiknya...jika nilai matawang kita naik, bukankah harga barang akan turun daripada harga sebelumnya. (mungkin ahli ekonomi boleh terangkan).

Kesimpulannya ialah.....harga akan terus naik tak kiralah baik harga property, barang2 keperluan dan makanan. Walaupun pihak kerajaan berusaha keras mengatakan harga barang tidak akan naik, tapi malangnya ia akan tetap naik juga. Pada masa ini apa yang dapat aku katakan di sini ialah harga dikawal oleh orang-orang tengah. Marilah sama-sama kita fikirkan untuk kebaikan generasi akan datang.

Thursday, November 18, 2010

PANGKAT

Sekarang ni aku lihat ramai betul orang2 kita ni makin berlagak. Lagi-lagi yang ada pangkat sikit dan yang paling teruk yang baru dapat pangkat.Yang tak bestnya tu berlagak pulak dengan bangsa sendiri. Heran betullah aku. Aku nak bagitaulah kat sini.....sesuatu organisasi itu tidak akan maju sekiranya masih terdapat sikap2 orang kita seperti berikut :

a. Sikap mementingkan pangkat atau ada jenis tu yang pilih sama pangkat baru boleh sembang.
b. Ada pula tu hanya menerima  idea yang diterima dari yang sama pangkat atau lebih.
c. Ada pulak yang sentiasa ingin dihormati walaupun dia tak pernah menghormati.
d. Jenis berlagak pangkat tak tentu tempat.
c. Rasa bangga diri bila dapat pangkat.
d. Ada pulak tu dapat pangkat....tapi kerja entah apa2 di buat ntah.
e. Guna pangkat tak bertempat.
f. Syok sendiri. Mungkin jenis ni pikir bila ada pangkat semua pandang tinggi sama dia.

OK lah.....akhir sekali aku nak bagi tau kat korang kat sini, prinsip yang boleh digunakan apabila berhadapan jenis macam ni................

a. Kita kena ingat dia manusia kita pun manusia. Kita semua ialah hamba Allah S.W.T...sama je... mana ada beza
b. Dia makan gaji kita pun makan gaji....sama je.....mana ada beza
c. Kalau nak berurusan dengan jenis ni hang guna prinsip kat atas tu.....baru hang rasa confident....depa sebenarnya sama juga macam kita.

Hendaklah kita saling hormat-menghormati.

Nota : Cerita dalam ni bukan nak ditujukan pada semua yang ada pangkat, cuma pada yang segelintir tu yang tak paham cara nak guna pangkat untuk kebaikan organisasi.

Hormat-meghormati budaya kita. Tapi ingat jangan sampai ada orang ambil kesempatan ke atas kebaikan kita.

Wednesday, November 17, 2010

HARI RAYA KORBAN - 17HB NOVEMBER 2010 - SERDANG SELANGOR

Dengan muka yang sangat bangga


Korban

Lembu di bawa ke tempat penyembelihan

Kuah kacang istemewa

Daging Himpap

Sup Tulang

Sup Tulang


Monday, November 15, 2010

ROKOK-1

Hari ini merupakan hari ke-3 aku cuba menahan diri ini dari terus menjadi sang perokok. Pening jugak kepala aku memikirkan, apakah alasan-alasan yang aku boleh bagi kat diri aku ini agar dapat menghilangkan ketagihan rokok.Ya...lah ....hari-hari sebelumnya aku sentiasa ditemani oleh sang rokok yang sentiasa ada disampingku. Kalau ada budget lebih sikit aku belilah rokok baik punya...kalau rasa sengkek sikit aku hisap rokok gulung sendiri, gulung2pun tembakau dia mahal jugak beb....paling tidakpun aku pau rakan2 perokok sekalian yang ada kat opis tu.

Berbalik kembali pada cerita diri aku yang masih dalam tempoh percubaan untuk mengatasi  masalah ketagihan merokok ni. So far..apa yang dapat aku rasakan setakat ini ada sedikit pertambahan terhadap tahap kesegaran tubuh badan aku, especially pada waktu pagi. Lagi satu perkara yang berubah ialah selera makan yang sedikit bertambah...tapi yang ni kena control sikit agar tidak berlebih-lebih.

Terdapat beberapa pendekatan yang aku ambil agar dapat mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh rokok ni. Antaranya busy kan diri ini dengan aktiviti2 yang berfaedah, kat opis aku cuba busykan diri dengan tugasan-tugasan pejabat dan kat rumah aku busykan diri ngan keluarga. Yang paling utama sekali...berdoa kepada Allah swt...agar dibuka pintu hati ini untuk tidak merokok lagi.

Terdapat beberapa aktiviti lagi yang masih aku belum tempuhi..... yang mana aktiviti2 tersebut yang sentiasa ditemani rokok. Aku mesti mengatasinya dalam fasa ini.................

Jumpa lagi di masa yang akan mendatang. Mudah-mudahan niat ku ini diterima dan diberkati Allah swt...amin...

Sunday, November 7, 2010

ORANG MELAYU

Hari ni aku nak berkongsi sedikit cerita pasal bangsa melayu. Aku cerita ni pun sebab aku pun melayu. Aku lihat pada masa ini bangsa melayu makin hilang dia punya adab, tertib, sopan, santun dan maruah. Tak tau pergi mana semua tu. Kadang2 tu satu duduk satu taman pun boleh buat dak je....jika jumpa kata mana2.  Kelakar pun ada.

Pagi tadi aku pergi ronda-ronda pusing taman naik motor dengan anak kedua aku. Sampai kat satu kawasan perumahan tu adalah mat bangla tengah jaga kat guard house. Dia tahan aku dan kebetulan pulak adalah dua orang melayu ...(orang taman tu kot) tanya aku nak gi mana. Yang aku angin tu mamat 2 orang tu main sergah je kat aku , kurang2pun bagilah salam dulu. Lepas tu bagi tau kat aku baru2 ni ada kes rompakan kat kawasan tu.  Aku pun jawap balik takkan aku nak merompak kot..tengoklah budak kecik kat belakang ni. Nak tegur pun berpada-pada lah. Aku tanya lagi..boleh masuk ke.....tak? Dia diam...dan aku pun terus masuk pi ronda-ronda ...saja jalan-jalan lihat kawasan sekitar yang semakin membangun.

Aku nak bagi tau kat sini...aku tak kisah nak tahan ke, nak tegur ke, itu memang hak dia...tapi biarlah kena dengan caranya......

Ini semua hanyalah pandangan aku...mungkin aku silap.......