Tuesday, November 30, 2010

TANAH 2

Tanggal 26 November 2010 sah lah aku menjadi seorang tuan tanah seperti orang lain yang sebelumnya. Hari ni aku dah dapat geran untuk tanah yang aku ceritakan sebelum ini. Dan di saat ini juga aku masih memikirkan apa yang perlu aku buat di tanah tu.




Pada kali ini aku nak ceritakan pengalaman aku semasa urusan pembelian tanah tanpa menggunakan peguam. Untuk yang membeli secara tunai sahaja ya.....

Pertama sekali yang perlu dibuat ialah pergilah melawat kawasan tanah yang hendak dibeli. Rasa-rasa ok pergi ke pejabat tanah untuk buat carian. Kalau yang bagusnya lagi pergilah dapaktan surveyor untuk confirmkan luas tanah di tapak sama seperti dalam geran. Dah selesai semua dan anda berasa yakin betul dan duit pun ada atau boleh cari.....bayarlah sikit wang kat penjual tanda jadi. Jumlahnya bergantung kepada perbincangan anda dengan pembeli. Masa aku buat dulu tak perlu bayar apa-apa dulu, sebab penjual tu percayakan aku. Setelah selesai peringkat pertama, kita pergi ke peringkat kedua pula.

Peringkat kedua ialah proses menandatangani borang 14A di antara penjual dan pembeli di pejabat tanah. Sebelum itu anda semua perlulah melengkapkan borang 14A tersebut. Masa aku dulu brother yang jual tanah tu yang selesaikan pengisian semua borang dan dokumen yang perlu, aku cuma datang sign je kat Pejabat Tanah. Setelah selesai proses menandatangani borang pindah milik tersebut, baru nego pasal bayaran wang pendahuluan dengan penjual tersebut. Masa aku dulu aku bayar 10% dari harga tanah. Aku nak terangkan kat sini bahawa selepas menandatangani borang pindah milik tersebut anda perlu menunggu selama lebih kurang 1 bulan untuk mengetahui jumlah bayaran duti setem yang perlu dibayar. Tunggulah surat selama lebih kurang sebulan dari Pejabat Tanah pasal duti setem tersebut.

Peringkat ketiga ialah di mana anda telah menerima surat dari Pejabat Tanah mengenai jumlah bayaran duti setem yang perlu dibayar. Dapat je surat ni...pergilah bayar kat LHDN di mana-mana sahaja kat Malaysia ni. Lepas dah bayar kita pergi ke peringkat yang keempat.

Peringkat yang keempat ialah proses pendaftaran hakmilik tanah dan buat geran. Bawalah dokumen yang sepatutnya dan pengesahan bahawa duti setem telah dibayar ke Pejabat Tanah di mana tanah dibeli. Dalam masa sejam geran akan siap. Sudah sahlah anda sebagai tuan tanah tersebut. Lepas tu bayar habis baki duit tanah kepada penjual tanah tersebut. Selesai sudah......... Alhamdulillah........

Sekian sahaja coretan aku kali ini.

No comments:

Post a Comment