Saturday, November 20, 2010

HARGA BARANG

Baru sekejap tadi aku pergi pasar malam di taman rumah aku. Saja melihat apa yang boleh dibeli untuk dibuat makan pada malam ni. Anak aku pulak dah pesan suruh tapau roti bom dan nasi ayam.

Sambil melihat dari satu gerai ke satu gerai aku pun singgah di tempat menjual roti bom yang biasa aku beli selama ni. OK bang 2 siap....and then aku pun bayar RM 3.00 untuk 2 keping roti bom tersebut. Tiba-tiba aku terdengar ada orang panggil aku .....bang-bang tak cukup ni (penjual roti bom tu rupanya). Aku tanya balik... bukankah harganya  RM1.50 sekeping. Dengan selambanya penjual tu bagi tau kat aku dah naik 30 sen, sekarang harga roti bom dia RM1.80 sekeping. Dengan muka sambil berfikir aku tambah 60 sen jumlah yang tak cukup tu.

Dalam perjalanan balik aku teringat satu artikel dari Dr. M yang mengatakan bahawa walaupun nilai matawang kita naik..tapi malangnya kesannya tidak dirasai oleh rakyat. Ini kerana harga barang terus naik, kuasa membeli tiada, pendapatan di kalangan rakyat masih di bawah par dan sebagainya.  Secara lojiknya...jika nilai matawang kita naik, bukankah harga barang akan turun daripada harga sebelumnya. (mungkin ahli ekonomi boleh terangkan).

Kesimpulannya ialah.....harga akan terus naik tak kiralah baik harga property, barang2 keperluan dan makanan. Walaupun pihak kerajaan berusaha keras mengatakan harga barang tidak akan naik, tapi malangnya ia akan tetap naik juga. Pada masa ini apa yang dapat aku katakan di sini ialah harga dikawal oleh orang-orang tengah. Marilah sama-sama kita fikirkan untuk kebaikan generasi akan datang.

No comments:

Post a Comment