Monday, August 1, 2011

CORETAN

Lama aku tak mengarang dalam blog aku ni. Bukan apa..... banyak benda yang lebih penting harus dilakukan.

Hari ni merupakan 1 Ramadhan. Dan Ramadhan kali ini aku berpuasa di Kuantan bersama kawan2 yang senasib dengan aku. (kena posting kat sini....jaga projek jalan yang tak siap2 lagi sejak 2008)Pergh.....boleh tahan juga cabarannya. Setiap minggu aku akan berulang alik antara Kuantan ke Bangi. Itulah rutin aku sejak jaga projek ni. Dan aku berdoa agar aku dapat pindah balik KL......dekat sikit ngan family aku. Anak sulong aku pun nak ambil UPSR tahun depan. (Mudah-mudahan dimakbulkan Allah s.w.t).

Hari ni aku sahur sama roti dan serunding, kurma dan air masak. Dah kira ok dah ni..... Buka nanti belum pkir lagi...biasa-biasa aje udah le...

Dan aku nak bagitau jugak ....sampai sekarang ni aku masih tak merokok ..ha..ha...ha(Alhamdulillah..mudah-mudahan berkekalan).

Sunday, January 23, 2011

PANCING IKAN

Teringat pulak masa zaman budak-budak dulu yang mana aku ni suka sangat pegi mancing kat lombong-lombong di sekitar Serdang, Selangor. Habis semua lombong aku pergi.....tapi sekarang ni banyak dah takda dah, semua dah dikambus dan dimajukan sebagai taman perumahan. Dari batang pancing yang guna buluh sampailah yang guna machine (itupun rembat bapak aku punya). Masa tu ikan yang biasa aku dapat ialah puyu, lampam, talapia, haruan dan haruan bodoh.

Ada jugak aku tangkap ikan guna tangguk atau pakai tangan je. Yang guna tangguk tu biasanya untuk ikan pelaga. Tengok tempat yang mana ada banyak buih kat celah-celah pokok bungan kiambang tu, kat situ lah aku menangguk. Biasanya tangguk masa tu aku guna penapis plastik kepunyaan mak aku. Yang paling best kalau dapat ikan pelaga yang colour dia biru, merah dan hitam bekilat. Bangga sesangat.... Kalau ikan tu colour dia  tak mengancam dan tak berkilat aku masukkan dalam botol kicap dan masukkan separuh botol dalam tanah. Tapi malangnnya tetap tak berkilatpun.

Yang paling thrill aku tangkap ikan guna tangan. Ini biasanya diaplikasi kat bahagian2 tepi parit dan kawasan pembetong...bawah culvert apron. Kaedah ni main rasa-rasa je, agak2 macam ikan je kasi tangkap dan himpikkan ke tepi. Biasa ikan yang aku dapat guna kaedah ini ialah talapia. Tapi kalau suruh buat sekarang ni....tak berani lagi kut. Dulu kecik-kecik tak pikir apa..main redah je.

Pertandingan mancing yang first time aku pegi ialah di Pesta Konvokesyen kat Bukit Expo UPM , masa tu aku Darjah 4. Masuk mancing ....tapi tak bayar yuran , main mancing je. Nasib baik tak kantoi. Masa ni aku guna bapak aku punya joran tanpa kebenaran dia. Thats  why aku tak dapat apa2 ikan.

Sekarang ni ada jugak mancing....tapi kadang2 je. Skil tu adalah sikit2 kot. Tapi aku tengok orang lain sekarang ni ....memancing dah makin advance, baik peraltan mahupun umpan. Cayalah...Kat bawah ni gambar machine yang bapak aku punya yang aku selalu guna dulu...Ada spring dia dah hilang , kalau spring tu ada boleh lah aku guna kembali....still sedang mencari tukang repair. Kebanyakan aku tanya tak boleh nak repair, suruh aku beli baru...





spring dalam ni yang hilang

Thursday, January 20, 2011

2011

First time in 2011 aku start balik membuat sikit coretan dalam Blog ni. For time being aku sedang sibuk menjadi food tester untuk all the kuih muih and cake yang wife aku buat. So far so good. And dah start got order from her friends. Akupun sedikit sebanyak membantu dalam membuat sedikit marketing, manalah tau kalau ada rezeki..... Nikmatilah kuih muih di bawah.........












Tuesday, December 28, 2010

SISTEM ADA TAPI TAK DIMAFAATKAN

Entry kali ni nak cerita pasal apa yang berlaku dalam suasana kerja seharian. Cuba kita bayangkan sistem untuk memudahkan kita menjalankan tugas seharian dah telah dibangunkan, tapi malangnya ia menjadi seekor gajah putih. Kenapa aku cakap begitu sebabnya ialah kerana kurangnya segelintir cerdik pandai kita mengaplikasikan sistem tersebut yang menelan belanja mungkin ribuan, ratusan atau jutaan ringgit. Lebih baik tak perlu ada dari kita membazirkan duit untuk membangunkan sistem tersebut sedangkan mentaliti dan sikap kebanyakan kita yang masih ditakuk lama. Entah bilalah nak berubah........mungkin esok, lusa, tulat.........bla..bla....

Monday, December 27, 2010

1st ROUND FINAL - MAS 3 - INA 0


Nak kongsi happy gak di atas kejayaan Malaysia membenam Indonesia dalam final pertama malan tadi. Hopefully diorang akan buat yang lagi bagus di Stadium Bung Karno ..Rabu ni.....

Apa-apapun malam tadi memang syok tengok bola. Malaysia champion tahun ni.........

Saturday, December 4, 2010

HARGA BARANG KEPERLUAN ?????????

Pelarasan harga dan kenaikan harga. 2 perkataan yang berbeza namun mempunyai hala tuju yang sama. Inilah senario yang berlaku pada hari ini dan perlu dihadapi oleh hampir semua golongan masyarakat di sini. Pelarasan atau kenaikan yang dibuat bukannya daripada hanya satu pihak sahaja malah dari berbagai-bagai pihak. Itulah hakikat yang sebenarnya.

Pada ketika dan saat ini berfikir-fikirlah sekalian masyarakat dalam menghadapi gelombang ini. Dan terus berfikir..terus berfikir dan terus berfikir, sehingga tidak terfikir lagi. Hanya tunduk ke bawah merenung nasib yang mendatang. Kepada masyarakat yang mampu, teruslah ia dengan kehidupan seperti biasa manakala yang kurang mampu pula berdikit-dikitlah ia....itupun kalau ada kemampuan di dalam diri. Dan jika ia tidak mampu langsung, mencari-carilah ia ke sana dan ke sini mengharapkan simpati dan belas ihsan sesama masyarakat.

Ini harga yang perlu dibayar pada ketika ini. Kurang tiada, lebih pun tiada..........berdoalah kita kepada Allah agar dimurahkan rezeki dan diberkati kehidupan di dunia dan akhirat. Moga kita semua berusaha dalam mengahadapi gelombong yang tidak diketahui setakat mana kekuatannya. Allah sahaja yang Maha Pengasih dan Penyayang dan Allah juga yang Maha Mengetahui segala-galanya.

Wednesday, December 1, 2010

ANAK AKU BERKHATAN

Lebih kurang jam 11.00 pagi tadi selesailah sudah proses berkhatan anak lelaki aku yang berumur 8 tahun di Klinik Amal Bandar Seri Putra bersama rakan-rakannya yang lain (berkhatan ramai-ramai). Alhamdulillah ...semuanya berjalan lancar. Cuma tinggal nak monitor selama lebih kurang satu minggu.  Isnin depan bawa jumpa doktor untuk cuci dan buka clamp. Sekarang ini anak aku sedang baring atas tilam sambil menonton Astro Ceria.

Dalam tempoh lebih kurang 4 tahun lagi adik dia pulak akan dikhatankan.

Zafran baru lepas berkhatan

InsyaAllah.......4 tahun lagi budak ini akan dikhatankan pula