Tuesday, December 28, 2010

SISTEM ADA TAPI TAK DIMAFAATKAN

Entry kali ni nak cerita pasal apa yang berlaku dalam suasana kerja seharian. Cuba kita bayangkan sistem untuk memudahkan kita menjalankan tugas seharian dah telah dibangunkan, tapi malangnya ia menjadi seekor gajah putih. Kenapa aku cakap begitu sebabnya ialah kerana kurangnya segelintir cerdik pandai kita mengaplikasikan sistem tersebut yang menelan belanja mungkin ribuan, ratusan atau jutaan ringgit. Lebih baik tak perlu ada dari kita membazirkan duit untuk membangunkan sistem tersebut sedangkan mentaliti dan sikap kebanyakan kita yang masih ditakuk lama. Entah bilalah nak berubah........mungkin esok, lusa, tulat.........bla..bla....

Monday, December 27, 2010

1st ROUND FINAL - MAS 3 - INA 0


Nak kongsi happy gak di atas kejayaan Malaysia membenam Indonesia dalam final pertama malan tadi. Hopefully diorang akan buat yang lagi bagus di Stadium Bung Karno ..Rabu ni.....

Apa-apapun malam tadi memang syok tengok bola. Malaysia champion tahun ni.........

Saturday, December 4, 2010

HARGA BARANG KEPERLUAN ?????????

Pelarasan harga dan kenaikan harga. 2 perkataan yang berbeza namun mempunyai hala tuju yang sama. Inilah senario yang berlaku pada hari ini dan perlu dihadapi oleh hampir semua golongan masyarakat di sini. Pelarasan atau kenaikan yang dibuat bukannya daripada hanya satu pihak sahaja malah dari berbagai-bagai pihak. Itulah hakikat yang sebenarnya.

Pada ketika dan saat ini berfikir-fikirlah sekalian masyarakat dalam menghadapi gelombang ini. Dan terus berfikir..terus berfikir dan terus berfikir, sehingga tidak terfikir lagi. Hanya tunduk ke bawah merenung nasib yang mendatang. Kepada masyarakat yang mampu, teruslah ia dengan kehidupan seperti biasa manakala yang kurang mampu pula berdikit-dikitlah ia....itupun kalau ada kemampuan di dalam diri. Dan jika ia tidak mampu langsung, mencari-carilah ia ke sana dan ke sini mengharapkan simpati dan belas ihsan sesama masyarakat.

Ini harga yang perlu dibayar pada ketika ini. Kurang tiada, lebih pun tiada..........berdoalah kita kepada Allah agar dimurahkan rezeki dan diberkati kehidupan di dunia dan akhirat. Moga kita semua berusaha dalam mengahadapi gelombong yang tidak diketahui setakat mana kekuatannya. Allah sahaja yang Maha Pengasih dan Penyayang dan Allah juga yang Maha Mengetahui segala-galanya.

Wednesday, December 1, 2010

ANAK AKU BERKHATAN

Lebih kurang jam 11.00 pagi tadi selesailah sudah proses berkhatan anak lelaki aku yang berumur 8 tahun di Klinik Amal Bandar Seri Putra bersama rakan-rakannya yang lain (berkhatan ramai-ramai). Alhamdulillah ...semuanya berjalan lancar. Cuma tinggal nak monitor selama lebih kurang satu minggu.  Isnin depan bawa jumpa doktor untuk cuci dan buka clamp. Sekarang ini anak aku sedang baring atas tilam sambil menonton Astro Ceria.

Dalam tempoh lebih kurang 4 tahun lagi adik dia pulak akan dikhatankan.

Zafran baru lepas berkhatan

InsyaAllah.......4 tahun lagi budak ini akan dikhatankan pula









Tuesday, November 30, 2010

TANAH 2

Tanggal 26 November 2010 sah lah aku menjadi seorang tuan tanah seperti orang lain yang sebelumnya. Hari ni aku dah dapat geran untuk tanah yang aku ceritakan sebelum ini. Dan di saat ini juga aku masih memikirkan apa yang perlu aku buat di tanah tu.




Pada kali ini aku nak ceritakan pengalaman aku semasa urusan pembelian tanah tanpa menggunakan peguam. Untuk yang membeli secara tunai sahaja ya.....

Pertama sekali yang perlu dibuat ialah pergilah melawat kawasan tanah yang hendak dibeli. Rasa-rasa ok pergi ke pejabat tanah untuk buat carian. Kalau yang bagusnya lagi pergilah dapaktan surveyor untuk confirmkan luas tanah di tapak sama seperti dalam geran. Dah selesai semua dan anda berasa yakin betul dan duit pun ada atau boleh cari.....bayarlah sikit wang kat penjual tanda jadi. Jumlahnya bergantung kepada perbincangan anda dengan pembeli. Masa aku buat dulu tak perlu bayar apa-apa dulu, sebab penjual tu percayakan aku. Setelah selesai peringkat pertama, kita pergi ke peringkat kedua pula.

Peringkat kedua ialah proses menandatangani borang 14A di antara penjual dan pembeli di pejabat tanah. Sebelum itu anda semua perlulah melengkapkan borang 14A tersebut. Masa aku dulu brother yang jual tanah tu yang selesaikan pengisian semua borang dan dokumen yang perlu, aku cuma datang sign je kat Pejabat Tanah. Setelah selesai proses menandatangani borang pindah milik tersebut, baru nego pasal bayaran wang pendahuluan dengan penjual tersebut. Masa aku dulu aku bayar 10% dari harga tanah. Aku nak terangkan kat sini bahawa selepas menandatangani borang pindah milik tersebut anda perlu menunggu selama lebih kurang 1 bulan untuk mengetahui jumlah bayaran duti setem yang perlu dibayar. Tunggulah surat selama lebih kurang sebulan dari Pejabat Tanah pasal duti setem tersebut.

Peringkat ketiga ialah di mana anda telah menerima surat dari Pejabat Tanah mengenai jumlah bayaran duti setem yang perlu dibayar. Dapat je surat ni...pergilah bayar kat LHDN di mana-mana sahaja kat Malaysia ni. Lepas dah bayar kita pergi ke peringkat yang keempat.

Peringkat yang keempat ialah proses pendaftaran hakmilik tanah dan buat geran. Bawalah dokumen yang sepatutnya dan pengesahan bahawa duti setem telah dibayar ke Pejabat Tanah di mana tanah dibeli. Dalam masa sejam geran akan siap. Sudah sahlah anda sebagai tuan tanah tersebut. Lepas tu bayar habis baki duit tanah kepada penjual tanah tersebut. Selesai sudah......... Alhamdulillah........

Sekian sahaja coretan aku kali ini.

Saturday, November 20, 2010

HARGA BARANG

Baru sekejap tadi aku pergi pasar malam di taman rumah aku. Saja melihat apa yang boleh dibeli untuk dibuat makan pada malam ni. Anak aku pulak dah pesan suruh tapau roti bom dan nasi ayam.

Sambil melihat dari satu gerai ke satu gerai aku pun singgah di tempat menjual roti bom yang biasa aku beli selama ni. OK bang 2 siap....and then aku pun bayar RM 3.00 untuk 2 keping roti bom tersebut. Tiba-tiba aku terdengar ada orang panggil aku .....bang-bang tak cukup ni (penjual roti bom tu rupanya). Aku tanya balik... bukankah harganya  RM1.50 sekeping. Dengan selambanya penjual tu bagi tau kat aku dah naik 30 sen, sekarang harga roti bom dia RM1.80 sekeping. Dengan muka sambil berfikir aku tambah 60 sen jumlah yang tak cukup tu.

Dalam perjalanan balik aku teringat satu artikel dari Dr. M yang mengatakan bahawa walaupun nilai matawang kita naik..tapi malangnya kesannya tidak dirasai oleh rakyat. Ini kerana harga barang terus naik, kuasa membeli tiada, pendapatan di kalangan rakyat masih di bawah par dan sebagainya.  Secara lojiknya...jika nilai matawang kita naik, bukankah harga barang akan turun daripada harga sebelumnya. (mungkin ahli ekonomi boleh terangkan).

Kesimpulannya ialah.....harga akan terus naik tak kiralah baik harga property, barang2 keperluan dan makanan. Walaupun pihak kerajaan berusaha keras mengatakan harga barang tidak akan naik, tapi malangnya ia akan tetap naik juga. Pada masa ini apa yang dapat aku katakan di sini ialah harga dikawal oleh orang-orang tengah. Marilah sama-sama kita fikirkan untuk kebaikan generasi akan datang.

Thursday, November 18, 2010

PANGKAT

Sekarang ni aku lihat ramai betul orang2 kita ni makin berlagak. Lagi-lagi yang ada pangkat sikit dan yang paling teruk yang baru dapat pangkat.Yang tak bestnya tu berlagak pulak dengan bangsa sendiri. Heran betullah aku. Aku nak bagitaulah kat sini.....sesuatu organisasi itu tidak akan maju sekiranya masih terdapat sikap2 orang kita seperti berikut :

a. Sikap mementingkan pangkat atau ada jenis tu yang pilih sama pangkat baru boleh sembang.
b. Ada pula tu hanya menerima  idea yang diterima dari yang sama pangkat atau lebih.
c. Ada pulak yang sentiasa ingin dihormati walaupun dia tak pernah menghormati.
d. Jenis berlagak pangkat tak tentu tempat.
c. Rasa bangga diri bila dapat pangkat.
d. Ada pulak tu dapat pangkat....tapi kerja entah apa2 di buat ntah.
e. Guna pangkat tak bertempat.
f. Syok sendiri. Mungkin jenis ni pikir bila ada pangkat semua pandang tinggi sama dia.

OK lah.....akhir sekali aku nak bagi tau kat korang kat sini, prinsip yang boleh digunakan apabila berhadapan jenis macam ni................

a. Kita kena ingat dia manusia kita pun manusia. Kita semua ialah hamba Allah S.W.T...sama je... mana ada beza
b. Dia makan gaji kita pun makan gaji....sama je.....mana ada beza
c. Kalau nak berurusan dengan jenis ni hang guna prinsip kat atas tu.....baru hang rasa confident....depa sebenarnya sama juga macam kita.

Hendaklah kita saling hormat-menghormati.

Nota : Cerita dalam ni bukan nak ditujukan pada semua yang ada pangkat, cuma pada yang segelintir tu yang tak paham cara nak guna pangkat untuk kebaikan organisasi.

Hormat-meghormati budaya kita. Tapi ingat jangan sampai ada orang ambil kesempatan ke atas kebaikan kita.

Wednesday, November 17, 2010

HARI RAYA KORBAN - 17HB NOVEMBER 2010 - SERDANG SELANGOR

Dengan muka yang sangat bangga


Korban

Lembu di bawa ke tempat penyembelihan

Kuah kacang istemewa

Daging Himpap

Sup Tulang

Sup Tulang


Monday, November 15, 2010

ROKOK-1

Hari ini merupakan hari ke-3 aku cuba menahan diri ini dari terus menjadi sang perokok. Pening jugak kepala aku memikirkan, apakah alasan-alasan yang aku boleh bagi kat diri aku ini agar dapat menghilangkan ketagihan rokok.Ya...lah ....hari-hari sebelumnya aku sentiasa ditemani oleh sang rokok yang sentiasa ada disampingku. Kalau ada budget lebih sikit aku belilah rokok baik punya...kalau rasa sengkek sikit aku hisap rokok gulung sendiri, gulung2pun tembakau dia mahal jugak beb....paling tidakpun aku pau rakan2 perokok sekalian yang ada kat opis tu.

Berbalik kembali pada cerita diri aku yang masih dalam tempoh percubaan untuk mengatasi  masalah ketagihan merokok ni. So far..apa yang dapat aku rasakan setakat ini ada sedikit pertambahan terhadap tahap kesegaran tubuh badan aku, especially pada waktu pagi. Lagi satu perkara yang berubah ialah selera makan yang sedikit bertambah...tapi yang ni kena control sikit agar tidak berlebih-lebih.

Terdapat beberapa pendekatan yang aku ambil agar dapat mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh rokok ni. Antaranya busy kan diri ini dengan aktiviti2 yang berfaedah, kat opis aku cuba busykan diri dengan tugasan-tugasan pejabat dan kat rumah aku busykan diri ngan keluarga. Yang paling utama sekali...berdoa kepada Allah swt...agar dibuka pintu hati ini untuk tidak merokok lagi.

Terdapat beberapa aktiviti lagi yang masih aku belum tempuhi..... yang mana aktiviti2 tersebut yang sentiasa ditemani rokok. Aku mesti mengatasinya dalam fasa ini.................

Jumpa lagi di masa yang akan mendatang. Mudah-mudahan niat ku ini diterima dan diberkati Allah swt...amin...

Sunday, November 7, 2010

ORANG MELAYU

Hari ni aku nak berkongsi sedikit cerita pasal bangsa melayu. Aku cerita ni pun sebab aku pun melayu. Aku lihat pada masa ini bangsa melayu makin hilang dia punya adab, tertib, sopan, santun dan maruah. Tak tau pergi mana semua tu. Kadang2 tu satu duduk satu taman pun boleh buat dak je....jika jumpa kata mana2.  Kelakar pun ada.

Pagi tadi aku pergi ronda-ronda pusing taman naik motor dengan anak kedua aku. Sampai kat satu kawasan perumahan tu adalah mat bangla tengah jaga kat guard house. Dia tahan aku dan kebetulan pulak adalah dua orang melayu ...(orang taman tu kot) tanya aku nak gi mana. Yang aku angin tu mamat 2 orang tu main sergah je kat aku , kurang2pun bagilah salam dulu. Lepas tu bagi tau kat aku baru2 ni ada kes rompakan kat kawasan tu.  Aku pun jawap balik takkan aku nak merompak kot..tengoklah budak kecik kat belakang ni. Nak tegur pun berpada-pada lah. Aku tanya lagi..boleh masuk ke.....tak? Dia diam...dan aku pun terus masuk pi ronda-ronda ...saja jalan-jalan lihat kawasan sekitar yang semakin membangun.

Aku nak bagi tau kat sini...aku tak kisah nak tahan ke, nak tegur ke, itu memang hak dia...tapi biarlah kena dengan caranya......

Ini semua hanyalah pandangan aku...mungkin aku silap.......

Saturday, October 30, 2010

PIALA MALAYSIA 2010-NEGERI SEMBILAN (1) VS KELANTAN (2)

Di saat ini tamatlah perlawanan akhir Piala Malaysia 2010 di antara Nogori Den dan Kelantan. Yang Nyatonya Nogori Den kalah taun ni. Takpolah cubo laie taun dopan. Apo2pun tahniah kek pasukan Kolantan yang tolah memonangi pialo pado malam ini.

Thursday, October 28, 2010

RAYA 2010











TANAH

Hari ini 28hb Oktober 2010 (Khamis) aku dan wife bertolak ke Alor Gajah, Melaka untuk satu urusan yang pertama kali aku buat. Urusan tersebut adalah berkaitan dengan pembelian tanah di Mukim Pulau Sebang. Tanah yang seluas 0.731 hektar. Aku akan menandatangani borang pindah milik tanah di Pejabat Tanah Alor Gajah. Tanah dipindah milik daripada 4 nama ke aku sorang. Kekadang aku terpikir betul ke aku nak beli tanah ni? Lepas pikir masak-masak dan mendengar advise daripada keluarga dan rakan-rakan, aku pun on je lah...Pasal duit, pandai2lah aku usahakan. Pukul 11.30 selesai semua perkara berkaitan pindah milik...cuma nak tunggu sebulan lagi surat dari pejabat tanah, lepas tu baru boleh bayar duti setem dan buat geran baru.
Hari ni juga aku bayar lebih kurang 25% wang pendahuluan kepada tuan tanah. (siap buat surat perakuan terima bayaran sekali). Settle semua kepala aku dah start pikir apa mau bikin sama itu tanah agar boleh kasi income sama aku.........Hingga saat ini masih pikir lagi...macam2 idea ada hahaha.......Tapi yang pertama sekali aku nak buat kat tanah tu ialah...kasi clear semua semak/belukar, kiranya macam site clearinglah. Lepas tu panggil licence surveyor kasi ukur kawasan tanah dan buat pagar keliling. Lepas tu baru aku pikir langkah seterusnya....Apa2pun aku sekarang sudah hampir untuk memiliki sebidang tanah....salah satu aku punya target..Syukur Kepada Allah. Alhamdulillah.......

Monday, September 13, 2010

GAMBAR DULU-DULU TAHUN 2000 - 2003


Nur'Alyaa and Mama

Muhammad Zafran masa tembam

Nur'Alyaa sedang meniarap

Nur'Alyaa and papa

Muhammad Zafran and Nur'Alyaa kat rumah Maklog

Thursday, May 13, 2010

BIRTHDAY NUR 'ALYAA ZAFIRAH ON 11 APRIL 2010-10 YEARS


Wan Serdang and Tampin also makngah 'Alyaa


Amar sedang membodek Zafran hehehe........


Birthday girl with Wan Tampin


Birthday girl with Wan Serdang


Leka membuka hadiah

Bersama acunya...kadang2 bergaduh jugak..


Atuk Serdang.....apa yang atuk pikirkan tu....cuba teka....


Nyanyian Happy Birthday to u 'Alyaa

Papa 'Alyaa sedang berposing before majlis start


Ayam ala-ala Kenny Rogers


Kek Birthday Girl

Cake

Before start